Selasa, 30 Disember 2014

Parang dan pisau rambo?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hi all of you... hehe nak speaking konon haha...tu biase la orang kita ...ok ok tu bukan topiknye

semalam ketika nak tunggu waktu balik aku terfikir berkenaan parang dan pisau dijual di kawasan kotaraya.. apa logiknya?

Jom kita buat analisi sikit .. Aku bekerja di area Ara Damansara ,so bagi sesiapa yang bekerja berhampiran dengan aku bole la kita pekena teh tarik hehehe ... ops lari tajuk lagi .. haha

Pada hari jumaat sekalian umat islam terutamanye lelaki akan menuju ke masjid Sultan Abdul Aziz Shah Subang Air port Jalan Lapangan terbang subang. haa siape yang biasa pergi sana mesti tahukan setiap hari jumaat akan ada bazar yang menjual pelbagai makanan dan barang termasuk parang dan pisau?! aik perlu ke jual benda tajam ni kat sini?? itulah persoalanye sekarang ..jika dilihat dari aspek keperluan aku rase hanya suri rumah atau peniaga yang memerlukan  benda-benda seperti itu ..tapi aku bukan nak focus semata-mata kat area bazar tu dan bukan niat nak jatuhkan perniagaan orang ye ..korang jangan salah faham pulak ..ini sekadar pandangan aku ..selain bazar kat area masjid Sultan Abdul Aziz, parang dan pisau ni jugak doleh dilihat dijual di downtown x kira la mana-mana downtown, ada yang besar yang kecik kadang-kadang aku sendiri tengok pun seram , ye la dibuatnye ade pembeli yang tak berapa waras mengamuk , tak ke senang-senang je die capai parang atau benda-benda tajam macam tu...isk mintak dijauhkan... dari pengamatan aku sendiri lah ada kerap kali aku terserempak dengan mungkin bakal pembeli membelek-belek parang jenis pisau seakan pisau rambo dan kebiasaanya ORANG ASING!  ye orang asing ...duduk ditengah kota raya nak buat apa beli parang ? kalau kat kampung orang beli parang nak buat menebas semak itu pun parang yang digunakan di beli dikedai harware dan makan tahun nak rosak ...ini yang di tengah bandar beli parang nak tebas ape ek? melainkan untuk tujuan yang tak elok seperti rompak samun bunuh hmmmm.

Gambar Hiasan


aku rasa penjualan senjata tajam seperti pisau rambo dan parang ni perlu dikaji semula oleh kerajaan, bukan itu saja peniaga juga perlu memikirkan selain keuntungan keselamatan awam juga perlu diambil kira kerana kesanye terhadap mahluk bernyawa amat bahaya hinggakan boleh hilang nyawa

tengok sajalah sejak kebelakangan ini banyak kes pergaduhan melibatkan warga asing bukan itu sahaja pergaduhan dikalangan kumpulan kosngsi gelap  yang diakhiri dengan pembunuhan menggunakan senjata tajam  nauzubillah ... mungkin senjata tajam ni perlu ada system permit umpama pemilikkan senjata api ..kenara dengan adanya permit mungkin boleh mengawal kemasukkan dan seterusnya jualan terbuka kepada awam .

aku tak nampak kebaikkanye mungkin sangat sedikit malahan keburukkanye lebih banyak...ok lah kalau nak gotong royong pun takkan lah nak bawak pisau rambo ? nak masuk hutan pun bukan nak menetap dalam hutan tukan kan kan dah nak jadi macam rambo ker kan?  huhu.. apepun semalam aku terfikir pasal pisau ni ...pagi ni macam biasa rutin aku sebelum mulakan tugas aku akan belek mymetro

salah satu berita berkaitan pembunuhan seorang lelaki dipercayai warga asing dan yang ngerinya ia berlaku di tempat awam !! hallo tempat awam hokeh... klik sini nak tahu lebih lanjut

-->> http://www.hmetro.com.my/node/19769

antara keratan berita lain

http://news.abnxcess.com/bm/2013/10/dua-maut-dua-parah-ditikam-lelaki-di-stesen-lrt-putra-taman-melati/

http://www.sinarharian.com.my/guna-pisau-rambo-tikam-polis-1.295265

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

so apa kata korang ??

Ape pun thanks kepada yang singgah blog cikai aku ye hehe....next..........................






Tiada ulasan:

Catat Ulasan