Rabu, 27 Mei 2015

Apa perlu dibuat jika mendapat saman tetapi anda adalah mangsa no plat palsu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Dear Bloggerzania

Terasa kaku jari jemari ni nak menaip , almaklumlah beberapa bulan dah berlalu sejak entri terakhir pasal brooch tu ... baiklah hari ni aku nak share sikit penggalaman yang baru je berlaku

Aku kena saman tapi... haaa suspen sikit hehe...

Pada 18/5/2015 aku telah terdektik hati untuk menglogin ( ayat ape ntah) MYEG sebab dah lama tak pernah jengguk takut-takut ade saman wujud secara tiba-tiba,,

tetapi sangkaan aku menggena, tak tahu nak cakap mcm mana, kalau aku ada sebut bole la cakap mulut masin , tapi ni hati yang terdetik so hati masin?! hahaha... mungkin aku perlu kurangkan makan garam ... Lepas aku login Myeg agak terkejut lerr...no plat WWDxxxx tarikh dikeluarkan 6/3/2015 pada jam 8.49 AM ... bertempat Petaling Jaya... Kesalahan Halangan lalu lintas.....Jumlah saman RM100 ...what !!?? bukan terkejut pasal jumlah saman tu, tapi terkejut sebab waktu kejadian kereta aku berada ditempat kerja isteri aku di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam.. bila aku periksa kalander ianya adalah hari jumaat woooo.....lagilah suspen..aku pulak ulang alik keje naik motor kapcai je pun..

Hati dah tak keruan ni...Untuk kepastian aku pun tanye isteri samada kami pernah ke Petaling Jaya ke mase tu... Selepas isteri aku periksa memang confirmed kami tidak pernah ke Petaling Jaya pada masa dan waktu itu...Jadi aku buat kesimpulan ini semua kerja sendikit mungkin atau perompak atau ape-ape je lah...

Yang penting aku tahu aku tidak bersalah...memang kalau aku salah aku bayar jelahkan tapi aku yakin yang aku tidak bersalah...Jadi bagi memastikan aku pun call IPD Bukit Aman...

trutt trruutt...trutt  truut... Hello IPD bukit Aman

Aku pun terangkan " nama saya Farid , saya ingin bertanya berkenaa samanlah encik " Polis " ye encik kenapa tu ye?"
 Aku " saya telah periksa di Myeg baru-baru ni, tangok ada saman pasal menghalang lalu lintas di Peting Jaya, Jadi yang menghairankan saya pada masa dan ketika saman dikeluarkan kereta saya berada di Sabak Bernam cik" (pasal perempuan) ... Polis dengan nada angkuhnye "Encik boleh ke buktikan encik tak bawak kereta tu?! "......telinga aku tetiba panas dengan persoalan cik polis ni"" aik dari polis teiba-tiba jadi peguam pulak polis ni", hati aku berkata-kata.... aku pun dah tak bole kawal perasaan...aku tanye balik polis tu " cik pulak bole ke buktikan yang kena saman tu kereta saya???"

Polis tu terkejut dengan soalan aku " eh encik jangan lah cakap macam tu kat saya" ...aku bantai balik "dah encik yang mulakan dulu " hati rase nak maki je polis ni sebab tak ada bahasa.. Inilah satu contoh yang kurang baik, sebagai penjawat awam die patut memberi nasihat dengan kata-kata yang baik sedangkan aku  pada awalnye cakap elok-elok je ... tapi aku percaya bukan semua polis macam beliau yang akhirnye suruh aku pergi ke IPD petaling Jaya...belum aku habis cakap die dah letak telipon..haisssshhh aku gambarkan mungkin budak muda yang kurang pengalaman .... tapi cara beliau memang kurang diajar...

so aku pun mula bertanye rakan-rakan dipejabat apa yang perlu dibuat ...yelah risau kot dibuatnye orang yang guna no plat kenderaan aku tu penjenayah erkk tak memasal pulak bertambah saman...

Jadi pelbagai nasihat rakan-rakan beri, ada yang call kawan yang bekerja sebagai polis dan sebagainya... akhirnya isteri aku sendiri call Pak Cik Badar yang memang seorang anggota polis ...macam mana aku bole tak terfikir hehe... jangan salah faham aku cuma mintak nasihat dari beliau dan beliau sarankan agar aku terus buat laporan polis berkenaan perkara ini.

Jadi atas nasihat Pak cik Badar malam selepas abis kerja aku pun menuju pulang ke Sungai Besar dan terus ke IPD sabak Bernam ... Sampai kat pagar IPD,  Polis yang sedang berkawal tanye aku tentang apekah hajat datang kemari ( dah macam cerita pahlawan pulak hahaha)

Aku terangkanlah pasal saman semua tu ... abang polis yang ni memang bagus die nasihat aku supaya datang semula esok pagi untuk ke bahagian trafik untuk pengesahan saman dan selepas itu die suruh aku buat report polis untuk tujuan penafian saman tersebut ...

Jadi keesokkan harinye aku terus kebahagian trafik dengan harapan dapat maklumat kenderaan jenis apa yang guna no pendaftaran sama denagn kereta aku... Tapi malangnya bahagian trafik tak dapat semua detail itu..

Selesai membuat semakkan aku ke bahagian aduan untuk membuka report penafian , setelah bayar RM 2 report tersebut aku serahkan pada bahagian trafik untuk tindakkan lanjut...Untuk penggetahuan korang , jika ingin memeriksa data penuh berkenaan kenderaan atau jenis kenderaan sebaiknya kena pergi terus ke cawangan trafik yang menggeluarkan saman sebagai contoh, kena saman di shah alam korang kena ke IPD bahagian trafik Shah Alam terus untuk mendapatkan detail... Jika dari IPD berlainan mereka hanya akan melihat butir asas saman sahaja... so kes aku tadi Polis trafik cawangan IPD Sabak Bernam hanya akan pos report penafian ke IPD Petaling Jaya

Aku telah dinasihatkan untuk memeriksa dimana-mana cawangan trafik atau Myeg samaada saman tersebut telah dibuang atau tidak, pendek kata segala tindakkan akhir akan dilakukan oleh IPD Petaling Jaya



Panduan ringkas jika anda adalah mangsa:

1) Buat pengesahan dimana-mana cawangan trafik
2) Buat report penafian jika anda yakin dan mampu menunjukkan bukti kukuh
3) Hantar report penafian ke bahagian trafik untuk proses pembatalan saman
4) Buat pengesahan selepas semiggu atau dua minggu seterusnya

Semoga penggalaman aku dan sedikit panduan ringkas ni bole dimanfaatkan untuk orang lain ....thanks sudi singgah blog cikai aku nih...


5 ulasan:

  1. memang ada kes macam ni kan...tiba-tiba saja kena saman, saya belum cek lagi untuk tahun ini...harap2 clean hehe

    BalasPadam
  2. bagus artikel ni..
    tp macam mana nak buktikan kalau kereta tu kena saman jam 12 pagi di mana saya dh masuk tido kt rumah... polis percaye ke

    BalasPadam
  3. itu satu masalah kalau betul2 nak buktikan memang banyak prosedur die.. antaranya kalau ada rakaman cctv ke gambar bertarikh yang menunjukkan yang kita tidak berada ditempat kejadian.. hakikatnya sampai hari ni saman menghalang lalu lintas tu masih ada bila saya cek di Myeg huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. So kiranya, saman tu x settle lg la, ke surat penafian yg Di htr tu Di abaikan.. Sebab bru2 ni saya nak renew roadtax kereta ayah saya, dah settle puspakom, settle beli insurance, last sekali pegi jpj, nak beli roadtax. Tp abg jpj bgtau yg nama ayah sy ad saman Blacklist, bila pegi ipd bhgian trafik, polis tu keluarkan rekod saman ayah saya, bila tengok saman2 tu, saman yg kena pd Tahun 2000 Dan 2002, Dan ad 3 saman yg mana 2 saman me libatkan kes mahkamah, so ayah aku pelik lah,kes mahkamah ni mandatori aw, ko xleh nak berurusan psl kenderaan kalau x settle mahkamah.. So ayah aku pun pegi buat report sekali dgn penafian tu,pertengahan bulan 5 2021, polis tu ckp, tggu kena call bru bole renew roadtax, tp smpai skrg depa x call2, saya kena follow up ke ipd ke kalau kes mcm tu

      Padam
    2. Dgn satu lg, saya semak dgn my eg, saman utk 3 ssman blacklist tu, memang xde dlm sistem, keluar kat cawangan trafik je

      Padam